Wednesday, 29 April 2020
WWE Mayhem
Saya tahu ramai yang kecewa dengan kegagalan 2K yang gagal dalam penghasilan game WWE2k20 tahun lepas.Ramai yang memberikan komen negatif pada mutu kualiti permainan video tersebut.So,apa kata untuk mengubati hati yang sedih saya syorkan pada peminat Wwe untuk beralih ke permainan android Wwe mayhem.Saya baru download tadi dan hasilnya...walawei...sangat memuaskan.Download Wwe mayhem di Google Play anda.Gerenti anda takkan rugi.saya bagi 4/5 star untuk game ini.
Tuesday, 28 April 2020
Bumi kiamat tahun 2020?
Eh!benarkah kiamat itu berlaku tahun 2020?kalau benar bila?esok?lusa?bulan depan?Pelbagai tanda-tanda kiamat mula muncul contohnya seperti banjir,kemarau panjang,bencana alam dan serangan wabak yang agak langka.Hal ini menyebabkan ramai penduduk dunia berspekulasi bahawa bumi ini menghampiri kiamat.Ya benar,kerana bumi ini sudah semakin tua namun bukan bererti kiamat berlaku pada masa terdekat ini.Namun kita sebagai umat islam harus bersiap sedia dengan amalan-amalan soleh seperti solat,puasa,dan zakat.Kiamat hanya terjadi bila manusia di atas muka bumi ini tidak lagi menyebut nama Allah.Ya, seakan mustahil namun bakal terjadi suatu hari nanti.Solat sudah tidak ada orang mendirikan.Kaabah kosong tanpa umat islam melakukan haji.Manusia sibuk dengan urusan dunia.Tiada lagi suara azan berkumandang di atas muka bumi.Dalam keadaan inilah kiamat datang secara mengejut.Bila terjadinya kiamat?Wallahualam.Cuma Nabi Muhammad telah memberikan klu bahawa ia akan berlaku pada hari Jumaat.Sebagai manusia dan hamba kepada Allah kita harus meyakini hari ini akan tiba.Gunakanlah masa yang masih ada ini untuk mengumpulkan bekalan untuk kehidupan di akhirat nanti.
Monday, 27 April 2020
Puasa itu menguatkan iman
Korang dah tengok ke belum telemovie 16 puasa? Kalau belum saya syorkan kalian menonton bersama keluarga.Diarahkan oleh Mamat Khalid dan pengambarannya dibuat di negeri utara.Ia menceritakan Abe li,Aziz,Ngasri,Khuda,Yeh dan Wani penduduk kampung Beko yang mencari alasan untuk tidak berpuasa.Pelbagai cara dilakukan oleh mereka agar kegiatan mereka tidak terbongkar.Dari mula sehingga akhir telemovie ini saya tak henti-henti ketawa melihat telatah mereka dan orang-orang kampung Beko.Babak paling best dalam telemovie ini adalah babak mereka bersembahyang di surau beramai-ramai dan handphone mula berdering membuatkan solat para jemaah tidak khusyuk.Malas nak cerita lebih.saya bagi 4/5 star untuk telemovie ini.
Saturday, 25 April 2020
Final fantasy war of the vision
Siapa pernah main Final fantasy war of the lion?Kini Square Enix mengeluarkan Final Fantasy War of The Vision.FFWOTV pada ringkasannya.Masih mengekalkan sistem permainan daripada FFTWOL namun tetdapat penambahbaikan serta penambahan pada karakter.Berfokus pada Mont Leonis watak utama dalam game ini.Mont putera sulung dapat menaiki takhta milik ayahnya,Oelde Leonis.Ini ditentang oleh Sterne adiknya.Kerana Sterne mengakui dirinya lebih layak berbanding Mont.Keadaan mula bertambah buruk apabila Sterne memberontak untuk merebut takhta.Akhirnya perang saudara tak dapat dielakkan.
Friday, 24 April 2020
Puasa 2020
Selamat berpuasa bagi semua umat islam di Malaysia.Tahun ini berbukalah dengan ala kadar sahaja.Tak payah nak belanja kesini-kesana.Bazaar Ramadan tak buka pun.Jimat-jimat sikit duit tu.Nasib baik dapat BPN daripada PM.Kalau tak susah juga nak harung bulan ini.
Saturday, 18 April 2020
Subscribe to:
Comments (Atom)




