Monday, 27 April 2020
Puasa itu menguatkan iman
Korang dah tengok ke belum telemovie 16 puasa? Kalau belum saya syorkan kalian menonton bersama keluarga.Diarahkan oleh Mamat Khalid dan pengambarannya dibuat di negeri utara.Ia menceritakan Abe li,Aziz,Ngasri,Khuda,Yeh dan Wani penduduk kampung Beko yang mencari alasan untuk tidak berpuasa.Pelbagai cara dilakukan oleh mereka agar kegiatan mereka tidak terbongkar.Dari mula sehingga akhir telemovie ini saya tak henti-henti ketawa melihat telatah mereka dan orang-orang kampung Beko.Babak paling best dalam telemovie ini adalah babak mereka bersembahyang di surau beramai-ramai dan handphone mula berdering membuatkan solat para jemaah tidak khusyuk.Malas nak cerita lebih.saya bagi 4/5 star untuk telemovie ini.
