Mambang 1
Bab 1-Mata batin
Azfarudin ,lelaki berusia 29 tahun ini buta matanya setelah dia mengalami kemalangan di Lembah Klang.Hari ini dia akan dibedah oleh doktor pakar.
Hospital Klang, 21/12/21
Dr Ismail:Azfar jangan takut jangan risau.Kita doakan semoga pembedahan hari ini selamat.
Azfarudin:Baik doktor.
Dr.Ismail menyuntik ubat bius kepada Azfarudin lalu dia terlena yang panjang.Pembedahan pun dijalankan tanpa sebarang masalah.Mata baru dari penderma yang tidak diketahui asal-usulnya berjaya dipindahkan kepada Azfar.
1 minggu kemudian.
Pembalut mata Azfarudin dibuka.Dia mengucapkan syukur yang berpanjangan.Dia sudah dapat melihat semula.
Azfarudin: Bila saya boleh pulang ke rumah?
Doktor Ismail: Hari ni kamu bermalamlah di hospital.Insyaallah besok kamu boleh pulang.
Dr. Ismail ketawa.Lalu Azfarudin pun ikut ketawa.
Malam itu,Azfarudin terfikir tentang apa yang mahu dibuatnya sepulangnya ke rumah.Dia mahu membawa kekasihnya Shakira keluar berjalan-jalan ke Cameron Highland.
12 tengah malam.
Suasana senyap sepi.Azfarudin mendapati pesakit di katil lain lena dibuai mimpi.Dia pun patut tidur sama.Baru dia nak tidur tiba2 dirasakan katilnya bergoncang.Azfar merasa tidak sedap hati.Dengan perlahan dia memandang ke bawah katil.Tiada apa.
Azfarudin memandang pesakit lain di katil mereka.Aneh!mereka sudah tiada.Rupanya hanya Azfarudin seorang yang berada di ruangan itu.Dia ketakutan lalu berlari ke luar kaunter depan.Mujurlah ada seorang jururawat berjaga di kaunter itu.
Azfarudin:Cik!saya nak balik rumah..tolong saya cik.
Jururawat itu hanya diam membisu.Azfarudin merasakan ada sesuatu yang tak kena.Dia menoleh ke belakang.Seorang perempuan tua dengan baju dipenuhi darah memandang Azfarudin dengan matanya yang putih tanpa anak mata hitam.Azfarudin jatuh pengsan.