Sebuah amanah
Amanah dari Nabi Ibrahim A.s
Suatu hari, Nabi Ibrahim A.s didatangi oleh anak-anak Qanturah yang seramai 6 orang.Mereka bertanya "wahai ayah,mengapakah dikalangan kami tidak dilantik seorang nabi sedangkan dari ibu-ibu kami yang lain (Sarah dan Hajar) dilantik ramai para nabi dan Rasul.
Nabi Ibrahim memahami kegusaran yang dialami oleh anak-anaknya itu.Dia berdoa memohon petunjuk daripada Allah S.W.T dan memohon dikurniakan seorang nabi dikalangan Bani Jawi.Jibril A.s mendatangi baginda lalu mengatakan bahawa Allah tidak memperkenankan permohonan itu.
Namun,Baginda diperlihatkan ada segolongan ahli syurga yang mereka bukan Nabi dan Rasul melainkan hanya orang biasa saja.Tetapi badan mereka berkilau seperti kilauan Nabi-nabi.Senanglah hati baginda lalu menceritakan hal itu kepada anak-anaknya.
Wahai anakku, carilah sekeping tanah di penghujung dunia (Nusantara).Kerana di sana aku telah meninggalkan suatu bangsa yang aku tidak sempat berdakwah kepada mereka.Hendaklah kalian menjalankan dakwahku itu.
Salah seorang anaknya menjawab mereka sanggup memenuhi amanah itu.Dari Palestin,mereka berenam menuju ke Timur.Mereka berhenti di suatu tempat dan berbincang akan amanah tersebut.Lalu mereka berpecah menjadi dua kumpulan.