Sunday, 31 May 2020
Candy Crush ganas?
Anda minat Candy Crush?Tapi anda juga minat WWE? Jangan risau jangan khuatir,itu kentut bukan petir.Anda boleh ke Google Play dan download WWE Champions 2020.Game yang menarik ringkas dan mudah serta boleh dimainkan oleh segenap pelusuk umur.Sesuai untuk meredakan kebosanan di musim PKPB ini.
Saturday, 16 May 2020
Gambar panas tersebar di media sosial ketika bulan puasa!Yang tak kuat iman jangan tengok!
Sequel kepada 16 puasa iaitu 17 puasa kembali semula.Selepas ditangkap basah akibat tak berpuasa pada tahun lalu,geng plastik hitam meneruskan operasi dengan lebih gigih dan saksama.Mungkin penggambaran kali ini kurang menarik kerana ketiadaan beberapa watak utama seperti Pak Jabit dan Yeh Sekupang.Serta watak Abe Li ditukar kepada pelakon lain.Akan tetapi penonton masih juga dihiburkan oleh telatah Dak Ngasri(Bell),Khuda,Wani,Aziz dan ahli baru mereka Munawer.Operasi ponteng puasa mereka bermula pada siang hari 17 puasa di rumah Ngasri.Mereka makan dengan penuh berselera bukan main sebab bini Ngasri tiada dirumah selama 4 hari.Dalam kenikmatan menjamah juadah yang terhidang tiba-tiba terdengar panggilan telefon dari bini Ngasri yang mengatakan beliau sudah sampai didepan rumah.Apalagi kelam kabutlah geng plastik hitam nak melindungi operasi mereka daripada terdedah.Selebihnya,anda tontonlah sendiri di astro.Siapa yang tiada astro boleh beli DVD atau download saja di link indofilm.com.Sekian.
Wednesday, 13 May 2020
2020 sebagai tahun bala bencana?
2020 sebagai tahun bala bencana?Tak dapat saya berikan kepastian akan perkara tersebut.Namun jika tanda-tanda di atas sudah berlaku ya mungkin ini yang menyebabkan bala berlaku.
Monday, 4 May 2020
Mee sedap penipu?
Memang penipu kalau siapa cakap mee sedap ni tak sedap.Tipu!Tipu!dan tipu.Mee sedap perisa korean spicy chicken ni memang enak dimakan selepas sembahyang terawih.Siapa yang belum try silakan mencuba.Tak tipu makan sekali pasti nak lagi.Ayuh!dapatkan segera di pasaran yang berdekatan anda.Yeehaaawww.
Sunday, 3 May 2020
Tak solat jumaat waktu tempoh PKP berdosa?
Bila masjid diperintah tutup sepanjang tempoh PKP ini adalah beberapa kelompok tertentu membantah.Alasannya kerana meninggalkan solat jumaat itu berdosa dan kalau lebih 3x boleh jatuh kafir.Tetapi yang menghairankan ada golongan yang membantah ini ialah golongan yang malas untuk pergi solat jumaat ketika masjid dibuka sebelum tempoh PKP. Ketika itu mereka memberi alasan penat dan mahu sembahyang dirumah saja.Namun sejak PKP dilaksanakan merekalah yang lantang bersuara untuk meneruskan solat jumaat.Wow!adakah ini tanda mereka mahu bertaubat dan insaf atau ada propaganda,agenda yang berlagenda?Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.Jadi adakah berdosa untuk meninggalkan solat jumaat pada tempoh ini?Solat jumaat diwajibkan kepada seluruh umat islam terutamanya lelaki.Namun kelonggaran diberikan jika ia melibatkan keuzuran atau keadaan darurat.Darurat ini juga melibatkan kes penularan wabak berbahaya sehingga memautkan dan bencana alam.
Friday, 1 May 2020
Selamat Hari Pekerja 1/5/2020
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari pekerja bagi semua rakyat Malaysia.Juga kepada Frontliner kita yang berkorban masa dan keringat dengan tidak mengambil cuti hari ini kerana ingin mempertahankan negara.Sepanjang musim PKP ini usaha anda amatlah dihargai dan disanjungi.
Terima Kasih kepada semua Frontliner kita dan selamat berpuasa.
Terima Kasih kepada semua Frontliner kita dan selamat berpuasa.
Subscribe to:
Comments (Atom)





