Sunday, 3 May 2020
Tak solat jumaat waktu tempoh PKP berdosa?
Bila masjid diperintah tutup sepanjang tempoh PKP ini adalah beberapa kelompok tertentu membantah.Alasannya kerana meninggalkan solat jumaat itu berdosa dan kalau lebih 3x boleh jatuh kafir.Tetapi yang menghairankan ada golongan yang membantah ini ialah golongan yang malas untuk pergi solat jumaat ketika masjid dibuka sebelum tempoh PKP. Ketika itu mereka memberi alasan penat dan mahu sembahyang dirumah saja.Namun sejak PKP dilaksanakan merekalah yang lantang bersuara untuk meneruskan solat jumaat.Wow!adakah ini tanda mereka mahu bertaubat dan insaf atau ada propaganda,agenda yang berlagenda?Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.Jadi adakah berdosa untuk meninggalkan solat jumaat pada tempoh ini?Solat jumaat diwajibkan kepada seluruh umat islam terutamanya lelaki.Namun kelonggaran diberikan jika ia melibatkan keuzuran atau keadaan darurat.Darurat ini juga melibatkan kes penularan wabak berbahaya sehingga memautkan dan bencana alam.