Saturday, 16 May 2020
Gambar panas tersebar di media sosial ketika bulan puasa!Yang tak kuat iman jangan tengok!
Sequel kepada 16 puasa iaitu 17 puasa kembali semula.Selepas ditangkap basah akibat tak berpuasa pada tahun lalu,geng plastik hitam meneruskan operasi dengan lebih gigih dan saksama.Mungkin penggambaran kali ini kurang menarik kerana ketiadaan beberapa watak utama seperti Pak Jabit dan Yeh Sekupang.Serta watak Abe Li ditukar kepada pelakon lain.Akan tetapi penonton masih juga dihiburkan oleh telatah Dak Ngasri(Bell),Khuda,Wani,Aziz dan ahli baru mereka Munawer.Operasi ponteng puasa mereka bermula pada siang hari 17 puasa di rumah Ngasri.Mereka makan dengan penuh berselera bukan main sebab bini Ngasri tiada dirumah selama 4 hari.Dalam kenikmatan menjamah juadah yang terhidang tiba-tiba terdengar panggilan telefon dari bini Ngasri yang mengatakan beliau sudah sampai didepan rumah.Apalagi kelam kabutlah geng plastik hitam nak melindungi operasi mereka daripada terdedah.Selebihnya,anda tontonlah sendiri di astro.Siapa yang tiada astro boleh beli DVD atau download saja di link indofilm.com.Sekian.
