Friday, 30 December 2022

Esok Kita Cuti!!!

Adalah dengan ini dimaklumkan pada malam Jumaat yang terakhir pada tahun 2022 ini Link Kedai Carousell Ana akan ditutup berkuatkuasa mulai esok 31haribulan Disember 2022. Hal ini kerana Ana mahu bercuti satu hari public holiday.

Kedai akan dibuka semula pada tahun hadapan sharp on time pada 1hb Januari 2023.Ana mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para customer dari hujung kuku kaki sampai ke hujung bulu ketiak kerana sudi menghabiskan wang ringgit untuk berbelanja di kedai ana.

Juga ana ucapkan berjuta-juta tahniah kepada Perdana Menteri kita,Dato Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri kerana telah tercapai hasratnya sejak tahun 1999 lagi.Serta kepada Lionel Messi dan skuad Argentina kerana memenangi piala dunia pada tahun ini.Sekiranya ana ada anak lelaki ana akan bubuh namanya Muhammad Anwar Messi sebagai penghargaan kepada 2 insan ini.

Akhirul Kalam, Ya habibi Ya maulana selamat bercuti dan semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Tuesday, 13 December 2022

Ibu bangsa Arab

       Siti Hajar
-Isteri ke-2 Nabi Ibrahim A.S
-Negara:Mesir Purba
-puteri kepada Firaun..(masih dirahsiakan)
-Siti Hajar dihadiahkan kepada Nabi Ibrahim dan Siti Sarah sebagai pembantu oleh Firaun
-Siti Sarah yang sukar mendapat zuriat membenarkan Nabi Ibrahim menikahi Hajar
-Dikurniakan anak iaitu Nabi Ismail A.S.
-Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail di tanah yang kering dan tandus tiada berpenghuni.
-Tanah yang tandus itu kini menjadi kota Makkah yang menempatkan Kaabah.


Sang Kembara Terasing

Bagaimana kalau...

Raya sebenarnyà Siti Qanturah...

Naga terakhir itu sebenarnya Jin...

Keris itu menjadi perantaranya..

Sang Kembara Terasing di Tanah Jawi..

Wednesday, 7 December 2022

Nike Ardila

 Nama -  Raden Rara Ratnadilla Kusnadi
   Alias- Nike Ardilla
  Lahir -Bandung 27 Disember 1975 
 Meninggal- 1995 (Kemalangan kereta)
Pelakon kegemaran- Johnny Depp/Julia Robert/Keanu Reeves/Marylin Monroe
Makanan kegemaran:Bakso
Minuman kegemaran:Coca Cola
Genre-Blues,Rock dan Metal
Syarikat-Musica Studio/Suria Recording
Lagu terbaik- Bintang Kehidupan
Anugerah-Ratu Rock Indonesia

  
  

Monday, 5 December 2022

Ibu Bangsa Jawi

               Siti Qanturah /Keturah
Isteri ketiga Nabi Ibrahim A.S
Anak:Midian,Medan,Jokshan,Zimran 
Negara: Kembayat (Kemboja Lama)
Keturunan: Bangsa Jawi
                  - Melayu -Korea -Jepun -Siam 
                    Jawa -Batak -Toraja -Samoa 
                   Champa -Funan -Burma -Iban
                  Kadazan -Papua -Tagalog
Kemahiran : Seni bela diri dan refleks                                pantas (Diwariskan kepada                         keturunannya secara genetik)
  

Saturday, 3 December 2022

Firaun pertama beriman kepada Allah

Nama: Firaun Akhenaten/Akhnatun
  Nama asal:Amenhotep 1V
Isteri:Nefertiti 
          Kiya
Anak: Ankh Se Paten
           Ankh Se Namun

Akhenaten  mengasaskan agama Atenisme. Di mana agama itu menyembah satu Tuhan.Sedangkan ketika itu rakyat Mesir menyembah Tuhan yang berbilang.
Pada zaman pemerintahan baginda, Mesir dilanda kemarau panjang selama 7tahun.Baginda melantik Nabi Yusuf A.S sebagai penasihatnya dan berjaya menyelesaikan masalah yang melanda ketika itu. Baginda menukar namanya dari Amenhotep ke Akhenaten/Akhnatun kerana mengikuti ajaran Nabi Yusuf A.S. Erti namanya Akhen :- Dia yang mengabdi kepada. Aten:- Tuhan Yang Maha Tunggal.

Monday, 7 November 2022

Biodata Mulan Jameela

                   MULAN JAMEELA
Nama IC-Raden Terry Tantri Wulansari
Lahir-23 OGOS 1979 Kota Garut,Indonesia
Keturunan-Jawa/Aceh/Pakistan/Czech
Kerjaya- Bekas Vocalis kumpulan  Ratu,
                Kini solo dibawah EMI Studio,
               Wakil Rakyat Jawa Barat sejak                      tahun 2019
Parti-  Gerindra
Genre-PoP,Pop Rock,R&B
Tahun Aktif- 1997 sehingga kini

                

Setelah 11 tahun Mulan Jameela ...

SETELAH 11 Tahun , Mulan Jameela ungkap lirik misteri Makhluk Tuhan Paling Seksi.
Makhluk Tuhan paling seksi itu...ialah suaminya Ahmad Dhani...

Monday, 17 October 2022

Pishang betul!!

Minggu lepas nak cari betik untuk nenek. Tapi sebab betik out of stock, nampak lak buah ni. Nak kata pisang bukan,tomato pun bukan.Balik rumah potong.Bila masuk ke mulut letak di lidah terasa kesat macam ciku.Tapi rasanya manis cam buah naga dan pear.Buah ini dipanggil Pisang Kaki. Orang Melayu gelar Kesemak.Orang putih gelar Persimmon .Nak tahu manfaat nya tunggu blog seterusnya.Ku sangka tomato rupanya pishang.

Thursday, 6 October 2022

Nabi Hanzalah a.s dan Kaum Ras

Nabi Hanzalah A.s berasal dari salah satu suku Bani Israel.Dia diutuskan Allah kepada kaum Ras.
Kaum Ras ini kaum yang diberikan kekayaan sumber alam dan juga mata air berharga yang digali oleh anak Nabi Nuh A.s yang bernama Yafith. Akan tetapi kekayaan sumber alam membuatkan Kaum Ras melupakan ibadah kepada Allah.Sebaliknya mereka membina berhala dan menyembah berhala itu.
Dakwah Nabi Hanzalah ditentang hebat oleh kaum Ras.Nabi Hanzalah ditangkap dan dipenjarakan dalam telaga buta.
Allah mengutuskan bala bencana ke atas kaum Ras berupa burung gergasi bernama Anqa. Anqa ini burung dengan ukuran saiz yang amat besar sehingga sekali ia terbang dapat menutup matahari.Anqa menyambar apa saja dalam laluannya termasuklah manusia untuk dijadikan makanannya.
Segala usaha yang dilakukan kaum Ras gagal lalu mereka meminta bantuan Nabi Hanzalah.Nabi Hanzalah pun berdoa kepada Allah.Maka dengan izin Allah,burung Anqa tadi terbakar rentung sehingga tidak tersisa bangkai dan tulang belulangnya.

Saturday, 24 September 2022

Aku pula yang kalut

SINOPSIS
Munirah bakal berkahwin.Tiba2 berlaku pula gangguan bekalan air.Satu flat terjejas.Satu persatu malapetaka datang tanpa diundang menyebabkan kekalutan besar melanda di majlis perkahwinan ini.

SENARAI PELAKON
chelsia pernah berlakon dalam Kopitiam
mami jarum
Jason Murad
irama Kopi Dangdut..eh!ke aroma?
Cerita ni lain dari yang lain.banyak plot twist.

Saturday, 10 September 2022

Sebuah amanah

Amanah dari Nabi Ibrahim A.s

Suatu hari, Nabi Ibrahim A.s didatangi oleh anak-anak Qanturah yang seramai 6 orang.Mereka bertanya "wahai ayah,mengapakah dikalangan kami tidak dilantik seorang nabi sedangkan dari ibu-ibu kami yang lain (Sarah dan Hajar) dilantik ramai para nabi dan Rasul.

Nabi Ibrahim memahami kegusaran yang dialami oleh anak-anaknya itu.Dia berdoa memohon petunjuk daripada Allah S.W.T dan memohon dikurniakan seorang nabi dikalangan Bani Jawi.Jibril A.s mendatangi baginda lalu mengatakan bahawa Allah tidak memperkenankan permohonan itu.

Namun,Baginda diperlihatkan ada segolongan ahli syurga yang mereka bukan Nabi dan Rasul melainkan hanya orang biasa saja.Tetapi badan mereka berkilau seperti kilauan Nabi-nabi.Senanglah hati baginda lalu menceritakan hal itu kepada anak-anaknya.

Wahai anakku, carilah sekeping tanah di penghujung dunia (Nusantara).Kerana di sana aku telah meninggalkan suatu bangsa yang aku tidak sempat berdakwah kepada mereka.Hendaklah kalian menjalankan dakwahku itu.

Salah seorang anaknya menjawab mereka sanggup memenuhi amanah itu.Dari Palestin,mereka berenam menuju ke Timur.Mereka berhenti di suatu tempat dan berbincang akan amanah tersebut.Lalu mereka berpecah menjadi dua kumpulan.

Friday, 9 September 2022

Rahsia yang disimpan berabad lama

PETi Tabut yang selama INI dicari-Cari oleh bangsa Yahudi.

Ketahuilah ! Di dalam peti ini terkandung pusaka keturunan Nabi Musa dan Harun a.s .
Didalamnya juga terkandung ilmu pengetahuan dan risalah 124000 orang Nabi dan Rasul.
Dan yang lebih penting di dalamnya terkandung Sakinah daripada Allah S.W.T.
Siapakah pemiliknya?
Dialah raja akhir zaman Imam Al-Mahdi.


Monday, 1 August 2022

Mambang 2

Bab 2-ALAM sebalik mata

Dr. Ismail: Azfar!Azfar!Azfar! Awak OK?
Azfarudin terjaga dari pengsannya.Dia me mandang ke kiri dan kekanan.Kemudian baru dia bersuara.
Azfarudin:Doktor!mana perempuan ITU?
Dr.Ismail Menggelengkan kepalanya.
Dr.Ismail:Azfar,hanya awak seorang sahaja yang berada disini.Macam inilah,saya beri kebenaran untuk awak pulang awal.Tapi ingat minggu depan buat medical checkout.

9 pagi
Azfarudin bersiap dan berkemas untuk balik ke rumah.Dia bersalaman dan mengucapkan terimakasih kepada Dr.Ismail.Azfarudin dijemput oleh ibunya puan Bella.Dalam perjalanan Azfarudin me rasa lapar yang amat.

Puan Bella:Kita berhenti makan dululah ye.

Ada 2 buah warung.Satu sepi tiada orang.Satu lagi penuh dengan pelanggan.

Azfarudin:Kita singgah kat warung yang tak ramai orang itulah.
Puan Bella:Hah!mana ada warung di situ..Itu cuma makam perkuburan cina.

Azfarudin tercengang.Apakah dia salah lihat?

Di warung yang ramai orang itu Azfar berasa lain macam.Dia pun berdiri berjalan mengambil nasi dan lauk pauk yang terhidang.Alangkah terperanjatnya dia semua makanan disitu ada yang bercacing.Ada juga katak mati ,cicak mati dan dihurungi lalat.Anehnya,pelanggan lain menikmati makanan mereka Tanpa rasa jijik.Mereka makan seperti biasa.


Thursday, 21 July 2022

Mambang 1


Bab 1-Mata batin

Azfarudin ,lelaki berusia 29 tahun ini buta matanya setelah dia mengalami kemalangan di Lembah Klang.Hari ini dia akan dibedah oleh doktor pakar.

Hospital Klang, 21/12/21

Dr Ismail:Azfar jangan takut jangan risau.Kita doakan semoga pembedahan hari ini selamat.
Azfarudin:Baik doktor.

Dr.Ismail menyuntik ubat bius kepada Azfarudin lalu dia terlena yang panjang.Pembedahan pun dijalankan tanpa sebarang masalah.Mata baru dari penderma yang tidak diketahui asal-usulnya berjaya dipindahkan kepada Azfar.

1 minggu kemudian.

Pembalut mata Azfarudin dibuka.Dia mengucapkan syukur yang berpanjangan.Dia sudah dapat melihat semula.

Azfarudin: Bila saya boleh pulang ke rumah?
Doktor Ismail: Hari ni kamu bermalamlah di hospital.Insyaallah besok kamu boleh pulang.
 
Dr. Ismail ketawa.Lalu Azfarudin pun ikut ketawa.

Malam itu,Azfarudin terfikir tentang apa yang mahu dibuatnya sepulangnya ke rumah.Dia mahu membawa kekasihnya Shakira keluar berjalan-jalan ke Cameron Highland.

12 tengah malam.

Suasana senyap sepi.Azfarudin mendapati pesakit di katil lain lena dibuai mimpi.Dia pun patut tidur sama.Baru dia nak tidur tiba2 dirasakan katilnya bergoncang.Azfar merasa tidak sedap hati.Dengan perlahan dia memandang ke bawah katil.Tiada apa.

Azfarudin memandang pesakit lain di katil mereka.Aneh!mereka sudah tiada.Rupanya hanya Azfarudin seorang yang berada di ruangan itu.Dia ketakutan lalu berlari ke luar kaunter depan.Mujurlah ada seorang jururawat berjaga di kaunter itu.

Azfarudin:Cik!saya nak balik rumah..tolong saya cik.

Jururawat itu hanya diam membisu.Azfarudin merasakan ada sesuatu yang tak kena.Dia menoleh ke belakang.Seorang perempuan tua dengan baju dipenuhi darah memandang Azfarudin dengan matanya yang putih tanpa anak mata hitam.Azfarudin jatuh pengsan.



Ng Man Tat dan Chow Yun Fat bermusuh?