Puasa Infiniti Act 1
Tajuk:Puasa Infiniti
Act 1: puasa
Bulan Ramadhan menjelang lagi.Geng tak puasa kampung Beko mulalah gelisah.Masakan tidak puasa satu hari pun tak mampu.Baru tengah hari dah nak cari nasi.Seperti biasa hari akhir 30syaaban,Abe li dan keluarga dah menunggu depan tv nak tengok pengumuman puasa.Tunggu punya tunggu akhirnya muncullah ustaz yang diiktiraf untuk mengumumkan kehadiran bulan Ramadhan.
Ustaz:Saya selaku ustaz yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agung dan raja-raja melayu dengan ini mengistiharkan esok puasa.Puasa jangan tak puasa tau!
Abe li menepuk dahinya.Puasa sudah tiba lagi.Dia mencari idea bagaimana mahu menjalankan operasi plastik hitam.Sudah beberapa kali operasinya ketahuan pada tahun-tahun sebelum ini.