Puasa Infiniti Act 2
Act 2 Terawih.
Azan mula berkumandang menandakan masuk waktu isyak.Malam ini merupakan malam pertama solat terawih.Pak Jabit selaku imam kampung juga JKKK Kampung Beko memulakan solat terawih.Bila sampai witir rakat yang terakhir,telefon bimbit Fuad Mat Sopo berdering lagu Ramadan Tiba.Konsentrasi Pak Jabit mula terganggu.Kalau tidak kerana dalam postur solat mahu dia bangkit memarahi Fuad Matsopo.Akhirnya deringan tersebut mula reda.Baru mula reda tiba-tiba telefon bimbit abang Aziz pula berbunyi lagu Jon Bon Jovi iaitu Billy got your gun.Berkerut muka Pak Jabit menahan amarah.Mujurlah deringan itu berhenti.Pak Jabit memberi salam ke kanan dan ke kiri.Lalu dia segera menoleh ke belakang.Para jemaah mula khawatir kerana Pak Jabit ini orang yang tegas.Namun tiba-tiba telefon bimbit Pak Jabit pula berbunyi.Berdering lagu Blackpink Ddu Ddu Ddu..
Merah padam muka Pak Jabit.Tetapi Pak Jabit masih mencuba untuk kontrol macho.Ikon Kampung Bekolah kononnya.Dia mengarahkan bilal untuk meneruskan bacaan doa.