Saturday, 12 September 2020
Dinar dan dirham kembali?
Akan datang suatu waktu di mana wang kertas sudah tidak digunakan.Di waktu itu hanya wang emas(dinar) dan wang perak(dirham) sahaja yang berguna dalam kehidupan sehari-hari.
Monday, 3 August 2020
Yes!duit masuk.
Alhamdulillah!Pertama sekali saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha.
Pada 31/7/2020 telah bermulanya pengagihan RM50 e-dompet e-penjana kepada 100 0000 rakyat Malaysia yang sudahpun mendaftar dengan Mysejahtera.
Kalian boleh membuat tuntutan dengan hanya pergi ke e-wallet terpilih iaitu:
-Touch n Go
-Boost
-Grab
Terserahlah kepada kalian untuk menggunakan platform yang mana.Asalkan hati kalian gembira.
Monday, 20 July 2020
Tulang rapuh kerana kerap minum susu?
Wow! Biasanya orang minum susu sebab nak kuatkan tulang.Ini dah lain jadinya.
Kisahnya jadi pada seorang perempuan ini suka beli susu anlene.Satu hari dia rasa sakit-sakit pada sendi-sendi tulangnya.Dia jumpa doktor dan dia dapat tahu tulangnya rapuh.Dia amat terkejut kerana dia kerap minum susu.Disangkakan doktor ini penipu.Lalu doktor itu pada perempuan ini.Susu apa yang selalu dia minum?Dan dengan cara apa ia dikonsumsi?Lalu perempuan ini cakap dia suka minum anlene yang dibancuh dengan air panas setiap hari.Doktor mula menepuk kepala.Doktor beritahu perempuan itu salah cara minum susu anlene itu.Susu anlene cuma perlu bancuh air suam atau air sejuk.Air panas merosakkan zat mikrokalsium dalam susu anlene.Jadi rupanya selama ini perempuan ini minum susu kosong tanpa kalsium.Dia balik dan baca cara-cara penyediaan pada pek susu anlene.Oh patutlah!betullah tak boleh bancuh dengan air panas.
Kisahnya jadi pada seorang perempuan ini suka beli susu anlene.Satu hari dia rasa sakit-sakit pada sendi-sendi tulangnya.Dia jumpa doktor dan dia dapat tahu tulangnya rapuh.Dia amat terkejut kerana dia kerap minum susu.Disangkakan doktor ini penipu.Lalu doktor itu pada perempuan ini.Susu apa yang selalu dia minum?Dan dengan cara apa ia dikonsumsi?Lalu perempuan ini cakap dia suka minum anlene yang dibancuh dengan air panas setiap hari.Doktor mula menepuk kepala.Doktor beritahu perempuan itu salah cara minum susu anlene itu.Susu anlene cuma perlu bancuh air suam atau air sejuk.Air panas merosakkan zat mikrokalsium dalam susu anlene.Jadi rupanya selama ini perempuan ini minum susu kosong tanpa kalsium.Dia balik dan baca cara-cara penyediaan pada pek susu anlene.Oh patutlah!betullah tak boleh bancuh dengan air panas.
Tuesday, 30 June 2020
Cis! KAU MEMANG NAK KENA!
Geram betul!Tak habis-habis nyamuk ni gigit saya.Banyak pula tu!sampai satu keluarga dia bawa berkenduri malam2 buta ni.Ubat nyamuk tak berkesan.Shieldtox,Ridsect,Fumakila dan aerosol semua dah sembur tapi tetap nyamuk ni tak makan saman.Eh!hari ni banyak pula nyamuk yang mati.apsal ekk!!
Oh rupa-rupanya haruman dari ekstrak bunga lavender ni yang membunuhmu.Ya!Lavender memiliki bau harum yang luar biasa yang bersifat racun kepada nyamuk,lalat dan serangga perosak yang lain.Wow!Jimatlah duit lepas ni tak payah beli racun serangga mahal-mahal.
Oh rupa-rupanya haruman dari ekstrak bunga lavender ni yang membunuhmu.Ya!Lavender memiliki bau harum yang luar biasa yang bersifat racun kepada nyamuk,lalat dan serangga perosak yang lain.Wow!Jimatlah duit lepas ni tak payah beli racun serangga mahal-mahal.
Monday, 29 June 2020
Baru start: Jom kita tambah duit poket!
Baru start: Jom kita tambah duit poket!: Baru-baru ini kerajaan telah membina aplikasi My Sejahtera.Saya dapati aplikasi ini benar-benar membantu.Bagus usaha kerajaan dalam memban...
Jom kita tambah duit poket!
Baru-baru ini kerajaan telah membina aplikasi My Sejahtera.Saya dapati aplikasi ini benar-benar membantu.Bagus usaha kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi tempoh sukar ini.Kalian boleh muat turun aplikasi ini pada Google Play dan App store.
Kebaikan aplikasi My Sejahtera:
1-kalian tidak perlu lagi menulis nama dan no. Telefon ketika ke bank atau mana2 premis perniagaan.Cukup sekadar scan bar kod.
2-Rm50 akan dikreditkan kepada pengguna My Sejahtera melalui akaun e-dompet terpilih.
3-Dapat memantau kadar kesihatan anda melalui survey pada aplikasi ini.
Apalagi,muat turun segera.Bukan hari-hari dapat duit free.Mungkin ada yang kata alah rm50 je pun..apalah sangat.Tapi nak harap kau sedekah rm50 dalam tabung masjid pun susah.Jadi,jangan fikir panjang.Ayuh ramai2 kita rebut peluang keemasan ini.
Kebaikan aplikasi My Sejahtera:
1-kalian tidak perlu lagi menulis nama dan no. Telefon ketika ke bank atau mana2 premis perniagaan.Cukup sekadar scan bar kod.
2-Rm50 akan dikreditkan kepada pengguna My Sejahtera melalui akaun e-dompet terpilih.
3-Dapat memantau kadar kesihatan anda melalui survey pada aplikasi ini.
Apalagi,muat turun segera.Bukan hari-hari dapat duit free.Mungkin ada yang kata alah rm50 je pun..apalah sangat.Tapi nak harap kau sedekah rm50 dalam tabung masjid pun susah.Jadi,jangan fikir panjang.Ayuh ramai2 kita rebut peluang keemasan ini.
Sunday, 7 June 2020
Jom Balik Kampung
Sunday, 31 May 2020
Candy Crush ganas?
Anda minat Candy Crush?Tapi anda juga minat WWE? Jangan risau jangan khuatir,itu kentut bukan petir.Anda boleh ke Google Play dan download WWE Champions 2020.Game yang menarik ringkas dan mudah serta boleh dimainkan oleh segenap pelusuk umur.Sesuai untuk meredakan kebosanan di musim PKPB ini.
Saturday, 16 May 2020
Gambar panas tersebar di media sosial ketika bulan puasa!Yang tak kuat iman jangan tengok!
Sequel kepada 16 puasa iaitu 17 puasa kembali semula.Selepas ditangkap basah akibat tak berpuasa pada tahun lalu,geng plastik hitam meneruskan operasi dengan lebih gigih dan saksama.Mungkin penggambaran kali ini kurang menarik kerana ketiadaan beberapa watak utama seperti Pak Jabit dan Yeh Sekupang.Serta watak Abe Li ditukar kepada pelakon lain.Akan tetapi penonton masih juga dihiburkan oleh telatah Dak Ngasri(Bell),Khuda,Wani,Aziz dan ahli baru mereka Munawer.Operasi ponteng puasa mereka bermula pada siang hari 17 puasa di rumah Ngasri.Mereka makan dengan penuh berselera bukan main sebab bini Ngasri tiada dirumah selama 4 hari.Dalam kenikmatan menjamah juadah yang terhidang tiba-tiba terdengar panggilan telefon dari bini Ngasri yang mengatakan beliau sudah sampai didepan rumah.Apalagi kelam kabutlah geng plastik hitam nak melindungi operasi mereka daripada terdedah.Selebihnya,anda tontonlah sendiri di astro.Siapa yang tiada astro boleh beli DVD atau download saja di link indofilm.com.Sekian.
Wednesday, 13 May 2020
2020 sebagai tahun bala bencana?
2020 sebagai tahun bala bencana?Tak dapat saya berikan kepastian akan perkara tersebut.Namun jika tanda-tanda di atas sudah berlaku ya mungkin ini yang menyebabkan bala berlaku.
Monday, 4 May 2020
Mee sedap penipu?
Memang penipu kalau siapa cakap mee sedap ni tak sedap.Tipu!Tipu!dan tipu.Mee sedap perisa korean spicy chicken ni memang enak dimakan selepas sembahyang terawih.Siapa yang belum try silakan mencuba.Tak tipu makan sekali pasti nak lagi.Ayuh!dapatkan segera di pasaran yang berdekatan anda.Yeehaaawww.
Sunday, 3 May 2020
Tak solat jumaat waktu tempoh PKP berdosa?
Bila masjid diperintah tutup sepanjang tempoh PKP ini adalah beberapa kelompok tertentu membantah.Alasannya kerana meninggalkan solat jumaat itu berdosa dan kalau lebih 3x boleh jatuh kafir.Tetapi yang menghairankan ada golongan yang membantah ini ialah golongan yang malas untuk pergi solat jumaat ketika masjid dibuka sebelum tempoh PKP. Ketika itu mereka memberi alasan penat dan mahu sembahyang dirumah saja.Namun sejak PKP dilaksanakan merekalah yang lantang bersuara untuk meneruskan solat jumaat.Wow!adakah ini tanda mereka mahu bertaubat dan insaf atau ada propaganda,agenda yang berlagenda?Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.Jadi adakah berdosa untuk meninggalkan solat jumaat pada tempoh ini?Solat jumaat diwajibkan kepada seluruh umat islam terutamanya lelaki.Namun kelonggaran diberikan jika ia melibatkan keuzuran atau keadaan darurat.Darurat ini juga melibatkan kes penularan wabak berbahaya sehingga memautkan dan bencana alam.
Friday, 1 May 2020
Selamat Hari Pekerja 1/5/2020
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari pekerja bagi semua rakyat Malaysia.Juga kepada Frontliner kita yang berkorban masa dan keringat dengan tidak mengambil cuti hari ini kerana ingin mempertahankan negara.Sepanjang musim PKP ini usaha anda amatlah dihargai dan disanjungi.
Terima Kasih kepada semua Frontliner kita dan selamat berpuasa.
Terima Kasih kepada semua Frontliner kita dan selamat berpuasa.
Wednesday, 29 April 2020
WWE Mayhem
Saya tahu ramai yang kecewa dengan kegagalan 2K yang gagal dalam penghasilan game WWE2k20 tahun lepas.Ramai yang memberikan komen negatif pada mutu kualiti permainan video tersebut.So,apa kata untuk mengubati hati yang sedih saya syorkan pada peminat Wwe untuk beralih ke permainan android Wwe mayhem.Saya baru download tadi dan hasilnya...walawei...sangat memuaskan.Download Wwe mayhem di Google Play anda.Gerenti anda takkan rugi.saya bagi 4/5 star untuk game ini.
Tuesday, 28 April 2020
Bumi kiamat tahun 2020?
Eh!benarkah kiamat itu berlaku tahun 2020?kalau benar bila?esok?lusa?bulan depan?Pelbagai tanda-tanda kiamat mula muncul contohnya seperti banjir,kemarau panjang,bencana alam dan serangan wabak yang agak langka.Hal ini menyebabkan ramai penduduk dunia berspekulasi bahawa bumi ini menghampiri kiamat.Ya benar,kerana bumi ini sudah semakin tua namun bukan bererti kiamat berlaku pada masa terdekat ini.Namun kita sebagai umat islam harus bersiap sedia dengan amalan-amalan soleh seperti solat,puasa,dan zakat.Kiamat hanya terjadi bila manusia di atas muka bumi ini tidak lagi menyebut nama Allah.Ya, seakan mustahil namun bakal terjadi suatu hari nanti.Solat sudah tidak ada orang mendirikan.Kaabah kosong tanpa umat islam melakukan haji.Manusia sibuk dengan urusan dunia.Tiada lagi suara azan berkumandang di atas muka bumi.Dalam keadaan inilah kiamat datang secara mengejut.Bila terjadinya kiamat?Wallahualam.Cuma Nabi Muhammad telah memberikan klu bahawa ia akan berlaku pada hari Jumaat.Sebagai manusia dan hamba kepada Allah kita harus meyakini hari ini akan tiba.Gunakanlah masa yang masih ada ini untuk mengumpulkan bekalan untuk kehidupan di akhirat nanti.
Monday, 27 April 2020
Puasa itu menguatkan iman
Korang dah tengok ke belum telemovie 16 puasa? Kalau belum saya syorkan kalian menonton bersama keluarga.Diarahkan oleh Mamat Khalid dan pengambarannya dibuat di negeri utara.Ia menceritakan Abe li,Aziz,Ngasri,Khuda,Yeh dan Wani penduduk kampung Beko yang mencari alasan untuk tidak berpuasa.Pelbagai cara dilakukan oleh mereka agar kegiatan mereka tidak terbongkar.Dari mula sehingga akhir telemovie ini saya tak henti-henti ketawa melihat telatah mereka dan orang-orang kampung Beko.Babak paling best dalam telemovie ini adalah babak mereka bersembahyang di surau beramai-ramai dan handphone mula berdering membuatkan solat para jemaah tidak khusyuk.Malas nak cerita lebih.saya bagi 4/5 star untuk telemovie ini.
Saturday, 25 April 2020
Final fantasy war of the vision
Siapa pernah main Final fantasy war of the lion?Kini Square Enix mengeluarkan Final Fantasy War of The Vision.FFWOTV pada ringkasannya.Masih mengekalkan sistem permainan daripada FFTWOL namun tetdapat penambahbaikan serta penambahan pada karakter.Berfokus pada Mont Leonis watak utama dalam game ini.Mont putera sulung dapat menaiki takhta milik ayahnya,Oelde Leonis.Ini ditentang oleh Sterne adiknya.Kerana Sterne mengakui dirinya lebih layak berbanding Mont.Keadaan mula bertambah buruk apabila Sterne memberontak untuk merebut takhta.Akhirnya perang saudara tak dapat dielakkan.
Friday, 24 April 2020
Puasa 2020
Selamat berpuasa bagi semua umat islam di Malaysia.Tahun ini berbukalah dengan ala kadar sahaja.Tak payah nak belanja kesini-kesana.Bazaar Ramadan tak buka pun.Jimat-jimat sikit duit tu.Nasib baik dapat BPN daripada PM.Kalau tak susah juga nak harung bulan ini.
Saturday, 18 April 2020
Subscribe to:
Comments (Atom)














